Keistimewaan
Pembiayaan sehingga 100% daripada jumlah kos kontrak
Struktur pembiayaan yang fleksibel, termasuk tempoh dan kaedah pembayaran balik, disesuaikan mengikut keperluan kontrak
Serendah 6% (Tertakluk kepada profil risiko)
Jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM250 juta
- Syarikat Malaysia dengan pemilikan minimum 51%
- Terbuka kepada semua jenis kontrak (Pembinaan, pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan)
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun
- Kontrak yang dianugerahkan oleh Kerajaan, agensi Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), atau entiti sektor swasta terpilih
- Borang Permohonan & Pengisytiharan
- Salinan IC semua Pengarah / Pemegang Saham / Rakan Kongsi / Pemilik / Penjamin
- Salinan pendaftaran perniagaan yang sah seperti SSM, Pihak Berkuasa Tempatan, MOF, CIDB & PKK
- Surat Anugerah (LOA) atau Inden Kerajaan atau dokumen lain yang diterima oleh KT
- Butiran kos projek dan unjuran aliran tunai
- Penyata bank 6 bulan terkini
- Penyata kewangan beraudit atau akaun pengurusan bagi 2 tahun terkini
- Senarai kontrak yang telah disiapkan, sedang berjalan & dalam proses tender (jika berkenaan)
Caj Pemprosesan | 0.5% hingga 1.0% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan. |
Support Letter / Contract Award (CA) Form |
|
Laporan Penilaian (Valuation Report) | Berdasarkan kos jurunilai dan tambahan RM200 bagi setiap laporan. |
Bayaran Terdahulu untuk Cukai dan Takaful (Cukai Tanah, Cukai Taksiran atau Perlindungan Takaful) | RM50 bagi setiap bayaran yang didahulukan oleh KT bagi pihak pelanggan. Caj ini akan dimasukkan ke dalam baki pembiayaan pelanggan. |
Caj Pentadbiran Pengurusan Perlindungan Takaful | RM100 bagi pentadbiran dan pengurusan perlindungan Takaful yang berkaitan dengan hartanah yang dicagarkan. |
Penggunaan Cek Bertarikh Hadapan (Post-Dated Cheque) | RM20 bagi setiap cek. |
Pemindahan Wang Dalam Mata Wang Asing | RM100 bagi setiap transaksi. |
Penyata Akaun (Statement of Account) |
|
Penyata Sebut Harga Penyelesaian Awal (Early Settlement Quote) | RM100 bagi setiap permintaan. |
Surat Pengesahan, Surat Kebenaran (Consent Letter) atau Pengesahan Audit | RM150 bagi setiap permintaan. |
Salinan Dokumen Sekuriti (dengan atau tanpa Salinan Yang Diakui Sah/CTC) | RM50 bagi setiap permintaan. |
Nota: Semua fi dan caj yang dinyatakan adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada kadar 8%, jika berkenaan, yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.