Hubungi & Sokongan

Terma & Syarat

Laman web ini membenarkan komunikasi dan interaksi di antara Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (“KT”) dan anggotanya atau lain-lain pelanggan (“dimana akan dirujuk sebagai “Pelanggan”). Dengan mengakses Laman Web ini, Pelanggan dianggap memahami, mengaku, bersetuju dan terikat dengan Terma dan Syarat penggunaan Laman Web ini. Sekiranya Pelanggan tidak bersetuju dengan mana-mana Terma dan Syarat atau keseluruhan Terma dan Syarat ini, Pelanggan adalah dinasihatkan untuk berhenti serta merta menggunakan atau mengakses Laman Web ini. Maklumat, material, kandungan atau nasihat di dalam Laman Web ini adalah disediakan hanya untuk maklumat umum sahaja.

1. Umum

Tajuk yang digunakan dalam Terma dan Syarat ini hanyalah untuk rujukan dan tidak boleh dipertimbangkan dalam tafsiran syarat-syarat ini.

2. Had Akauntabiliti dan Tanggungjawab KT

KT tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung, berkaitan atau khusus, kerugian akibat atau masa depan termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan/tuntutan/tuntutan ganti rugi, kehilangan keuntungan, kepercayaan, reputasi atau jenis kerugian lain disebabkan oleh:

  • Penggunaan atau ketidakmampuan untuk menggunakan Laman Web/perkhidmatan
  • Penggunaan atau kegagalan penggunaan Laman Web/perkhidmatan;
  • Penggunaan atau kegagalan penggunaan Laman Web/perkhidmatan;
  • Kos mendapatkan maklumat atau perkhidmatan atau mesej atau transaksi dimasukkan kepada/melalui atau daripada Laman Web;
    Akses tanpa kebenaran atau perubahan pada transmisi atau data; penyataan atau perlakuan oleh pihak ketiga di dalam Laman Web ini, atau

  • Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Laman Web ini.

3.  Perubahan kepada Terma dan Syarat

KT mempunyai hak untuk mengubah, membatal atau menambah kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan Laman Web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, KT akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

4.  Perubahan kepada Laman Web

KT mempunyai hak untuk mengubah atau menghentikan perkhidmatan laman web (atau sebahagian daripadanya) sama ada secara sementara atau secara tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

5.  Ketepatan Maklumat

KT telah mengambil langkah yang munasabah dalam memastikan ketepatan maklumat, material dan kandungan yang disediakan secara langsung atau secara eksklusif oleh KT.

6. Akses Lancar kepada Laman Web

KT KT tidak menjamin bahawa akses kepada Laman Web (secara keseluruhan atau sebahagian), material, kandungan, informasi dan/atau fungsi di Laman Web ini boleh disediakan tanpa gangguan atau bebas daripada kesalahan atau/dan sebarang kesalahan akan dibetulkan, atau tiada kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantar, tiada virus atau sebarang penyebaran atau kerosakan hak milik akan disebarkan atau tiada kerosakan akan ditanggung oleh Pelanggan sistem komputer.

7. Hak Cipta dan Tanda Dagangan

Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua hak cipta, tanda dagangan, paten, logo, dan hak harta intelek lain milik KT atau pihak lain dalam Laman Web ini (jika ada) dan kandungan sentiasa menjadi hak milik KT atau pemilik pihak ketiga yang berkenaan, seperti yang berkaitan. Tiada bahagian dalam Laman Web ini boleh diterbitkan semula, disalin, diubahsuai, diedarkan, diterbitkan, dilesenkan, dijual, atau diubah tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KT. Pemasukan pautan ke Laman Web ini di laman web lain adalah dilarang kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada KT.

8. Kebolehasingan

Jika mana-mana peruntukan dalam terma ini adalah menyalahi undang-undang atau tidak sah di bawah undang-undang atau peraturan semasa atau akan datang, peruntukan tersebut boleh dipisahkan dan terma dan syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud, dan syarat-syarat ini bersama-sama dengan peruntukan lain akan dikuatkuasakan tanpa terjejas oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau tidak sah tersebut.

10. 

Sekiranya terdapat konflik, perbezaan atau ketidakkonsistenan antara terma yang digunakan dalam versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi.

Continue reading

Hubungi & Sokongan

Ketahui yang terkini.
Hubungi kami sekarang!

Hubungi Kami​

Ketahui yang terkini.
Hubungi kami sekarang!