Di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (“KT”), kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.
Oleh itu Notis Privasi ini menggariskan cara KT mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi dan berhubung dengan urusniaga komersil serta cara KT melindungi data tersebut.
1.DATA PERIBADI
“Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butiran hubungan, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai jika anda seorang individu.
“Data Peribadi Sensitif”merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
2.PEMBERITAHUAN DAN PERSETUJUAN
Apabila anda meminta maklumat atau melanggan atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada KT. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda telah memberikan persetujuan penggunaan data peribadi anda oleh KT menurut Notis Privasi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada KT oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, organisasi di mana anda bekerja, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada kami.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan KT memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan KT tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.
Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Notis Privasi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada KT dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 3 Notis Privasi ini.
3.JENIS DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL
Bagi membolehkan kami melengkapkan transaksi kami dengan anda, menangani sebarang pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/kemudahan untuk anda, dan secara amnya bagi membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan kami, dan untuk menjalankan tujuan-tujuan lain yang perlu bagi mengendalikan dan mengekalkan hubungan perniagaan kami dengan anda, kami perlu mengumpul dan memproses maklumat peribadi mengenai anda, termasuk maklumat yang berkaitan dengan identiti, kad pengenalan atau passport, imej dan biometric yang mewujudkan identiti dan latar belakang anda, status kewangan seperti butiran pendapatan atau cukai pendapatan, kedudukan kredit, spesimen tandatangan serta tandatangan digital atau elektronik seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai, sejarah urusniaga, data elektronik atau maklumat lain yang berkaitan dengan anda seperti alamat IP, kuki, log aktiviti, pengecam dalam talian dan data lokasi melalui penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda atau sebagai sebahagian daripada penyampaian mereka kepada anda dan/atau kesesuaian anda untuk mana-mana produk/perkhidmatan kami yang dipohon oleh anda.
Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan KT untuk memohon produk tertentu seperti takaful/insuran yang mengkehendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.
Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami.
Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
4.BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:
(i)apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan/produk yang kami sediakan atau apabila anda mendaftar akaun di laman sesawang KT;
(ii) apabila anda menghubungi KT menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan;
(iii) daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda;
(iv) kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan, kempen atau promosi kami;
(v) apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga (contohnya: agensi kawal selia dan penguatkuasaan yang dibenarkan, agensi rujukan kredit, majikan, pemegang akaun, penjamin, wakil pihak guaman, pasangan, ibu bapa, penjaga, tanggungan syarikat/perkongsian yang anda merupakan pengarahnya dan pemegang saham dalam perkongsian;
(vi) daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan dan/atau agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan untuk memastikan antara lain kedudukan kewangan semasa dan masa lalu;
(vii) maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans atau dokumen lain;
(viii)apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan KT, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda;
(ix)daripada rakaman video litar tertutup (CCTV) dan rakaman audio;
(x) daripada sumber-sumber umum; dan/atau
(xi) laman sesawang dan media sosial KT yang lain.
5. APAKAH TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA
Kami mungkin melakukan pemprosesan data peribadi anda untuk sebab-sebab berikut:
(vii) untuk memasarkan dan memberikan anda maklumat mengenai produk, perkhidmatan, tawaran dan/atau pertandingan kami serta pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda (di mana kami mungkin menerima atau tidak menerima imbuhan) dan dalam hal ini, untuk menghubungi anda melalui perkhidmatan pesanan ringkas (“SMS”), telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial atau pemesejan, secara bersemuka dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai;
(viii) untuk menguruskan penyertaan anda dalam sebarang pertandingan, kempen atau promosi kami;
(ix) ujuan-tujuan lain seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat produk kami dan, jika berkenaan, terma dan syarat kempen dan/atau pertandingan;
(x) untuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan, dan tanggungjawab kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami;
(xi)untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis dan pemodelan statistik, pelaporan, audit, dan pengurusan risiko serta pencegahan penipuan; dan/atau
(xii) untuk menguatkuasakan dan/atau mempertahankan sebarang hak kami;
(xiii) untuk pencegahan dan pengesanan jenayah kewangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengubahan wang haram serta pencegahan, pengesanan, dan pendakwaan penipuan);
(xiv) seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang atau peraturan;
(xv) untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisis dan pemodelan statistik, pelaporan, audit dan pengurusan risiko serta pencegahan penipuan; dan/atau
(xvi) pemenuhan sebarang keperluan kawal selia dan/atau undang-undang atau mana-mana undang-undang yang terpakai.
Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi sebarang keperluan kawal selia dan untuk tujuan lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.
6. KEPADA SIAPA DATA PERIBADI ANDA DIDEDAHKAN?
Sebagai sebahagian daripada penyediaan produk dan perkhidmatan kami serta pengurusan dan/atau operasi yang berkaitan, dan untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini berkenaan penggunaan maklumat peribadi anda, anda telah memberikan persetujuan dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan maklumat mengenai anda dan/atau akaun anda dan/atau kemudahan anda dengan kami kepada:
(i) mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah, anak syarikat, syarikat bersekutu, dan pejabat cawangan;
(ii) pihak ketiga yang berkaitan seperti penasihat profesional atau ejen mereka, peguam, juruaudit, rakan perniagaan strategik dan pakatan, penyedia perkhidmatan, pengendali Takaful atau insurans/broker insurans atau Takaful, ejen luar, pedagang, vendor dan/atau pengutip hutang yang terikat secara undang-undang kepada kerahsiaan maklumat anda;
(iii) syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau memenuhi transaksi yang anda minta;
(iv)syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan nilai tambah yang anda minta;
(v) syarikat dan/atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dalam menyampaikan atau mengkomunikasikan maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
(vi) mana-mana pemegang amanah, benefisiari, pentadbir atau pelaksana;
(vii) mana-mana pihak ketiga akibat daripada sebarang penyusunan semula kemudahan yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang atau pemindahan hak KT, dengan syarat penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama seperti yang asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami;
(viii) mana-mana penjamin atau pemberi jaminan untuk kemudahan yang diberikan oleh kami kepada anda;
(ix) agensi penguatkuasaan, kawal selia, dan kerajaan seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, diperkenankan oleh mana-mana perintah mahkamah dan/atau tribunal, atau untuk memenuhi kewajipan kepada pihak berkuasa kawal selia
(x) mana-mana peserta sebenar atau berpotensi, penerima hak, pengganti hak, dan/atau obligasi di bawah sebarang transaksi antara anda dan KT (atau mana-mana ejen atau penasihat profesional);
(xi) Pihak yang diberi kuasa oleh anda. (contohnya, peguam, penasihat kewangan atau juruaudit);
(xii) biro kredit atau agensi pelaporan kredit dan agensi pencegahan penipuan;
(xiii) peguam, penasihat kewangan atau juruaudit; dan/atau
(xiv) mana-mana pihak yang memberikan jaminan di bawah Kemudahan anda
Anda mungkin menerima maklumat pemasaran daripada kami atau entiti lain mengenai produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda tidak ingin menerima maklumat pemasaran tersebut, sila maklumkan kepada kami untuk menarik balik persetujuan anda, dan kami akan menghentikan pemprosesan serta berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain bagi tujuan menghantar maklumat pemasaran kepada anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda daripada menerima bahan/maklumat mengenai pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang disediakan di bawah. Sila ambil perhatian bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan bahawa anda ingin menarik balik persetujuan untuk bahan/maklumat pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan persetujuan tersebut direkodkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/maklumat mengenai pemasaran atau promosi dalam tempoh tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi, KT masih boleh menghubungi anda untuk tujuan lain yang berkaitan dengan akaun, kemudahan, atau perkhidmatan yang anda miliki dengan KT. Jika anda telah menyerahkan data peribadi pihak ketiga kepada KT, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk memproses dan mendedahkan data peribadinya, dan Notis Privasi ini telah disampaikan terlebih dahulu untuk perhatian pihak tersebut.
7. PEMINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA
KT mungkin memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia sekiranya mana-mana penyedia perkhidmatan KT terletak di negara-negara di luar Malaysia. Pemindahan tersebut adalah perlu untuk melaksanakan atau menyelesaikan perkhidmatan KT kepada anda, untuk melaksanakan atau menyelesaikan kontrak KT dengan pihak ketiga yang berkaitan, dan untuk prosiding undang-undang atau mendapatkan nasihat undang-undang
Sekiranya timbul keperluan operasi di mana data peribadi anda perlu diproses, digunakan, dipindahkan ke, atau disimpan di lokasi di luar Malaysia, KT akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi dengan selamat dan mana-mana penyedia perkhidmatan yang dilantik oleh KT terikat secara kontrak untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk sebarang tujuan selain daripada apa yang mereka dikontrakkan untuk sediakan dan selaras dengan Notis Privasi ini serta undang-undang data peribadi di bidang kuasa berkenaan. Sehubungan dengan ini, anda memberikan persetujuan anda kepada kami untuk memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia.
8. BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA?
Keselamatan data peribadi anda adalah keutamaan utama kami. KT mengambil semua langkah fizikal, teknikal, dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi anda. Jika kami mendedahkan mana-mana data peribadi anda kepada pihak ketiga yang dinyatakan di atas, mereka mempunyai tanggungjawab untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka dengan sewajarnya.
9. BERAPA LAMA KAMI BOLEH MENYIMPAN DATA PERIBADI ANDA?
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan data tersebut dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman kami.
10. PERUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI INI
Harap maklum bahawa kami mungkin akan mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Sila semak Notis Privasi ini secara berkala supaya anda sentiasa mengetahui bagaimana kami mengendalikan dan melindungi data peribadi anda.
11. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGAKSES/ MEMBETULKAN/ MENGEMASKINI DATA PERIBADI ANDA?
Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami simpan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, atau tidak terkini, sila hubungi kami supaya kami dapat mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.
Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda dengan menghubungi kami. Kami juga mungkin akan mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tersebut.
12. BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI?
Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menghubungi Talian Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-2303 0000 atau melayari laman web kami di www.katmb.com.my.
This Privacy Notice is provided in the Malay and English versions. If there is any inconsistency between the two versions, the Malay version will be used.