KEKAYAAN

eMas KT

eMas KT merupakan produk pelaburan emas digital patuh syariah yang dibawakan oleh Koperasi Tentera menerusi platform dagangan digital. eMas KT disokong oleh emas fizikal dengan ketulenan 999.9 dan berfungsi sebagai simpanan emas yang memberikan pulangan melalui peningkatan harga emas daripada harga belian asal. eMas KT juga digunakan sebagai perlindungan terhadap inflasi dan sebagai agihan pelaburan dalam portfolio pelaburnya.

Akan Datang

Selamat & Terjamin
Produk pelaburan emas digital patuh syariah dengan ciri selamat dan terjamin dengan perlindungan takaful. Disimpan di bilik kebal keselamatan yang diiktiraf.
Akaun Dalam Talian
Akses pembukaan akaun dalam talian dengan mudah melalui Raees 
Akses Setiap Hari
Platform eMas KT untuk belian, jualan dan tukaran ke emas fizikal beroperasi setiap hari termasuk cuti umum, bermula dari 8.30 pagi hingga 11.59 malam.
Mampu Milik
Belian emas minimum serendah RM10.

Kelebihan eMas KT

Platform Digital Patuh Syariah

Transaksi belian, jualan dan tukaran ke emas fizikal melalui platform dagangan digital patuh syariah.

Milikan Emas Terjamin

Belian dan jualan disokong dengan emas fizikal mutu 999.99 yang diiktiraf oleh London Bullion Market Association (LBMA).

Kembangkan Kekayaan Anda

Pelabur mendapat keuntungan pelaburan melalui kenaikan harga emas pegangan.

Selamat & Terjamin

Pelaburan emas melalui platform digital patuh syariah dengan ciri selamat dan terjamin dengan perlindungan takaful.

Penebusan yang Mudah

Dominasi penebusan emas disediakan dalam pelbagai bentuk untuk memudahkan tukaran ke emas fizikal. Setiap emas fizikal mempunyai logo IGRTM.

  • Had minimum umur 18 tahun dan ke atas serta mempunyai kapasiti undang-undang untuk membuka akaun di atas nama sendiri.
  • Tidak diisytiharkan muflis.
  • Akaun Bersama atau Akaun bagi pihak ketiga adalah tidak dibenarkan.
  • Bai' al-Sarf Merupakan jual beli mata wang dalam bentuk yang sama atau berbeza, sama ada secara serta-merta seperti emas kepada emas, atau emas kepada perak. Di bawah kontrak ini, pelanggan akan membeli emas daripada KT (dalam gram) pada harga belian (dalam Ringgit Malaysia) yang ditetapkan.
  • Wakalah Merujuk kepada kontrak di mana pelanggan melantik dan memberi kuasa kepada KT untuk bertindak sebagai ejennya (wakil) dalam melaksanakan transaksi belian dan jualan emas dengan pihak penyedia platform pelaburan.